Permohonan Untuk Menghadiri
Majlis Konvokesyen Kali Ke 17
Tahun 2018


Permohonan Kini Ditutup. Harap Maklum.
Tarikh Tutup Permohonan : 03/08/2018

Makluman Kepada Para Graduan
1. Klik Untuk Tatacara Permohonan Hadir/Tidak Hadir Ke Majlis Konvokesyen.
       Tatacara 1 : Alumni Flyers.pdf
       Tatacara 2 : Carta Alir Tatacara Permohonan Hadir_TidakHadir.pdf
       Tatacara 3 : Info Homecoming Alumni.pdf
       Tatacara 4 : Memo Pengesanan Graduan PMK.pdf
       Tatacara 5 : Muat Turun eBukuKonvo.pdf
       Tatacara 6 : Pengambilan Jubah.pdf
       Tatacara 7 : Peraturan_acara_majlis_konvo17.pdf
       Tatacara 8 : Surat Pelepasan Majikan.pdf
       Tatacara 9 : Tatacara Permohonan Hadir_Tidak Hadir 2018.pdf


Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian berikut:
1.   Urusetia Jemputan [ 06-3376054 ]

ATAU

Ke Alamat Berikut :
JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
POLITEKNIK MELAKA
NO 2 JALAN PPM 10, PLAZA PANDAN MALIM ,
75250, MELAKA
(U/P : JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR)

ATAU

Melalui Applikasi Whatsapp/Telegram di Talian berikut :
+601120907432
 

FAQ : Soalan Lazim
Soalan-soalan Lazim Konvokesyen

    Bayaran Konvokesyen & Alumni
    • Sekiranya saya telah membayar wang yuran pendaftaran Alumni semasa konvokesyen sijil, adakah saya masih perlu membayar yuran alumni semasa konvokesyen diploma?
      Jawapan : Tidak Perlu. Bayaran yuran Alumni hanya perlu dibayar sekali sahaja.

    • Bagaimana cara untuk bank-in yuran konvokesyen melalui ATM (Cash Deposit Machine)?
      Jawapan : Tuan/puan bolehlah merujuk pada panduan Klik Untuk Tatacara Permohonan Untuk Hadir/Tidak Hadir Ke Majlis Konvokesyen

    • Bagaimana sekiranya tersalah bayar akaun lain? (salah nombor akaun).
      Jawapan : Sebelum tuan/puan membuat pembayaran, sila pastikan nombor akaun yang telah dinyatakan sahaja dipilih. Sekiranya masih berlaku kesilapan, sila berurusan dengan pihak bank berkenaan dengan menyertakan salinan resit pembayaran yang telah dibuat.

    • Bagaimana sekiranya terlebih bayar yuran?
      Jawapan : Sila mohon bayaran lebihan tersebut secara bertulis dengan menyertakan salinan asal slip bank-in atau berurusan terus dengan koperasi politeknik.

    • Bagaimana sekiranya bayaran yang dibuat adalah kurang / tidak cukup?
      Jawapan : Bayaran yang dibuat hendaklah tepat dengan nilai yang diminta. Pendaftaran tuan/puan akan dibatalkan. Pastikan pembayaran perlu dijelaskan sebelum tarikh reheasal Majlis Konvokesyen.

    • Berapakah jumlah yuran yang perlu dibayar ?
      Jawapan :
      Hadir/Tidak Hadir : Semua graduan dikenakan Bayaran Konvokesyen, bayarannya adalah RM195.0 bagi yang hadir dan RM113.0 bagi yang tidak hadir. Yuran Alumni sekali seumur hidup adalah sebanyak RM50.0

    • Slip bank-in hilang dalam simpanan
      Jawapan : Sila membuat rayuan secara bertulis kepada urusetia dengan menyatakan butiran berikut : Nama bank, tarikh urusniaga, masa dan Jumlah bayaran.

    • Sebelum ini saya telah membuat bayaran untuk tidak hadir konvo. Bagaimana sekiranya saya ingin menghadiri konvokesyen tersebut di saat-saat akhir?
      Jawapan : Sila buat penambahan yang diperlukan mengikut jumlah yang telah ditetapkan dan poskan semula slip asal pembayaran ke urusetia majlis konvokesyen. Maklumkan juga kepada urusetia Pendaftaran Graduan

  • Jenis Pakaian Yang Sesuai Semasa Majlis Konvokesyen Berlangsung.
    • Apakah pakaian yang sesuai untuk konvo?
      Jawapan : Tuan/puan boleh merujuk kepada tatacara ketika majlis konvokesyen berlangsung dengan tuan/puan login dahulu. Setelah login, terdapat tatacara yang terperinci telah dinyatakan disitu. Harap maklum

  • Kehadiran Ke Majlis Konvokesyen
    • Sekiranya saya menghadapi peperiksaan akhir / tidak dapat menghadirkan diri semasa raptai tetapi masih mahu menghadiri Konvokesyen, adakah saya masih boleh menghadiri konvokesyen tanpa perlu menghadiri raptai?
      Jawapan : Tidak boleh.

    • Sekiranya saya mengambil keputusan di saat-saat akhir untuk menghadiri konvo, dimana saya boleh mengambil jubah (kaunter pengambilan jubah telah ditutup)
      Jawapan : Tuan/puan boleh menghubungi JK Persijilan & Jubah untuk makluman lanjut.

    • Bila saya boleh mula mengambil jubah dan dimana?
      Jawapan : Sila rujuk jadual pengambilan jubah. Jadual jubah boleh dirujuk melalui tatacara ketika majlis konvokesyen

    • Surat panggilan konvo masih tidak diterima atau tidak sampai ke rumah.
      Jawapan : Tuan/puan tidak perlu menunggu surat panggilan tersebut. Tuan/puan boleh memohon untuk menghadirkan diri ke majlis konvokesyen melalui laman web utama .

    • Masalah Daftar Pengesanan Graduan Secara Online. Apabila mengisi halaman kajian pengesanan graduan, saya tidak dapat ke muka surat seterusnya / keluar paparan Maklumat anda tidak dijumpai
      Jawapan : Sila hubungi Jawatan Kuasa Pengesanan Graduan untuk makluman lanjut.